Saturday, August 12, 2017

Cinta SMS (Ep. 9)



Ahmad menghantar SMS kepada adiknya...

Ahmad: Oi budak! Mana biskut ngan air? Org tgh lapar ni!
Alia: SABAR LA!

Alia berjalan ke ruang tamu dengan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu: Ali dan ibu bapanya. 

Mak: Oh, ni Alia ke?

Ummi: The one and only.

Mak: Ish...ish...lawanya!

Alia senyum malu. Ahmad pula sedang menahan ketawa.

Abi: Encik ni pengetua skolah kat sebelah traffic light tu ye?

Ayah: Ye betul. Tapi Insha Allah 2 tahun lagi retire la. It's about time la anak tunggal saya ni kahwin.

Abi: Alhamdulillah. Insha Allah cikgu.

Ayah: Ali, bila plan nak buat perkahwinan ni?

Ali: Bergantung kepada Ayah ngan pak cik la. Bagi Ali, benda ni tak elok ditangguh lama sangat.

Abi: Kalau bulan depan macam mana?

Ayah: Bagus jugak tu.

Mak: OK ke Ali?

Ali: Ali orait je Mak.

Abi: Kita buat akad nikah hari Jumaat kat masjid seberang jalan tu selepas Zohor. After that, kita terus buat kenduri sampai lewat petang.

Ayah: Oh ya, cakap pasal kenduri ni kan. Since kita dok dekat-dekat je, saya fikir kita buat satu kenduri je cukup. Tak perlu la buat sampai dua kali.

Abi: Takda masalah. Kita split cost half and half la ye?

Ayah: Eh eh, tak perlu! Bab kenduri biar pihak lelaki yang handle. Pihak perempuan tak perlu belanja satu sen pun, sebab encik bakal hand over tanggungjawab encik ke atas Alia kat anak saya ni. Bagi saya, itu satu pengorbanan yang...priceless.

Abi: Bila fikir balik, memang sedih pun. Tapi saya rasa kurang senang kalau tak buat apa-apa untuk membantu. At least biar saya handle invitations. I insist.

Ayah: Kalau encik rasa macam tu, ok la. Erm...maharnya pulak macam mana? Pihak perempuan mintak apa?

Abi memandang Alia.

Alia: Saya mintak sebentuk cincin saja sebagai mahar.

Ali: Oh, cincin yang pak cik bagi saya minggu lepas tu ke?

Abi: Actually, tu cincin yang pak cik bagi kat isteri pak cik.

Ummi: Pak cik hadiahkan kat mak cik time kami kahwin dulu. Skang mak cik nak bagi cincin tu kat Alia.

Abi: Sebagai mahar pula, pak cik nak mintak yang lain.

Alia: Aik?

Abi: Don't worry Lia. Sebagai wali Abi boleh tetapkan mahar. Camni Ali, pak cik nak mintak sejumlah wang sebagai mahar Alia. Wang sebanyak RM2,000. Macam mane?

Ayah dan Mak memandang Ali. Ali nampak sedikit risau.

Abi: Mungkin Ali rasa pelik kenapa pak cik mintak wang kan? Sedangkan sebentuk cincin tu nampak modest. Ali tahu tak mahar yang Rasulullah bagi kat Aishah merupakan sejumlah wang emas? Lebih kurang 500 dirham dia bagi.

Ali: Iye? Oh, saya tak tahu pulak.

Abi: Pak cik consider jugak yang Ali masih lagi belajar dan pak cik consider jugak nilai mahar yang sesuai untuk wanita seperti Alia. Pak cik fikir RM2,000 itu reasonable. Betul?

Ali: Betul. Saya mampu tunaikan mahar tu.

Perbincangan ini berterusan selama hampir 2 jam. Tibalah masa untuk Ali dan ibu bapanya pulang.

Abi: Terima kasih sebab sudi datang cikgu.

Ayah: Oh takda masalah.

Mak: Saya mintak diri dulu.

Ummi: Nanti datang la lagi ye?

Ali dan ibu bapanya beredar.

Ummi: Lia, ikut Ummi pegi bilik jap.

Alia: OK.

Dalam bilik Ummi.

Ummi: Nah.

Alia: Apa ni Ummi?

Ummi: Ni baju pengantin time Ummi kahwin ngan Abi dulu. Ummi simpan elok-elok sampai skang, menunggu masa nak bagi kat anak Ummi.

Alia: Muat ke ni Ummi?

Ummi: Hello...tolong skit! Ummi dulu slim kot. Insha Allah muat.

Alia: Hehe...terima kasih Ummi. Sayang Ummi.

Ummi: Baju kurung ni maybe outdated skit. Nanti kita sama-sama hias baju ni bagi lawa skit.

Alia: OK Ummi, kita hias sama-sama. Tapi, kalau tak dihias pun Lia dah happy dah. Sebab Lia dapat pakai baju yang exactly sama yang Ummi pakai. I can't imagine a prettier dress.

Ahmad ketuk pintu.

Ummi: Masuk.

Ahmad: Uish, baju sape tu?

Alia: Ni baju yang Ummi pakai time dia kahwin ngan Abi dulu.

Ahmad: Pergh, legendary kot baju tu!

Alia: Haha...jeles?

Ahmad: Ceit! Eh Lia, Abi nak cakap skit ngan ko.

Alia: Ye ke? Okeh, Lia datang skang.

Alia keluar.

Ahmad: Erm...Ummi?

Ummi: Ye?

Ahmad: Abi ada simpan lagi baju pengantin dia?

Ummi: Hmm...rasanya ada. Kenape?

Ahmad: I was just curious. OK la, Ahmad nak gi kemas ruang tamu jap.

Ahmad berjalan menuju pintu.

Ummi: Ahmad?

Ahmad: Ye?

Ummi: Anis apa khabar?

Ahmad: ...


34 comments:

  1. tak ley tahan senyum la baca yang ni
    sweet tapi still ada humor sense . tabik r !

    ReplyDelete
  2. anis kabar baik..... hik3

    ReplyDelete
  3. nice. ;)

    ahamd pn dalam diam ea

    ReplyDelete
  4. x sabar tggu smbungan nye..hehehe..crita Ahmad pulak.. :)

    ReplyDelete
  5. anis pulak daaah. haha! ni mau la ade cter nikah dua pasangan dlm satu hari ni kang.. kekekeke~

    ReplyDelete
  6. best! tersenyum jer bc..cpt2 update..ahmad pun dlm diam2 :)

    ReplyDelete
  7. xku sangka ahmad da berpunya.hahah

    ReplyDelete
  8. ahmad kawen pulak la lpas ni,pki bju ayahnye ^_^

    ReplyDelete
  9. Wahh..sape pulak anis ni? Someone special for ahmad ye? Nebes betol lah..herherr

    ReplyDelete
  10. haa.. double akad X)

    ReplyDelete
  11. can't wait for the last one!

    ReplyDelete
  12. i've read all episodes in just a day and can't wait for the last episode! ke, ada special edition lagi? hehehe

    ReplyDelete
  13. buah mulut???cm plik je bunyinye...
    haha

    ReplyDelete
  14. cite best!.

    tpi tjuk tu kene dgn chapter 1 je..yg lain xde kaitan dgn SMS.

    ReplyDelete
  15. oh , ahmad pon diam diam je ea , hehe :D

    ReplyDelete
  16. tak sabar nak tunggu ending dia , mesti menarik ^_^

    ReplyDelete
  17. siyes best! dpt ilangkan sume stress2. cepat3 ending :)

    ReplyDelete
  18. yeay!dh nk kawen!XD

    ReplyDelete
  19. Salam,

    suka part ni sebab cam tunjuk jgak keutamaan bagi mahar kat perempuan tu. sebab tu mmg patutnya hak yg kena ditunaikan dari lelaki, kan? Tapi tekejut plak Ahmad dah ada Anis. Haha.

    ohh style la ummi dia masa cakap ni "Hello...tolong skit! Ummi dulu slim kot"


    Haha, teruskan menyambung cerita ini dengan kadar segera ye :D

    MERAH

    ReplyDelete
  20. alamak dalam diam ahmad pon ade jugak..

    tetibe, nak buat andaian yg mereka dua beradek ni nanti kahwen serentak kottt???

    ReplyDelete
  21. semoga berakhir dengan baik ali dan alia..hehe...anis khabar baik, jawab ahmad....muahahaha

    ReplyDelete
  22. SALAM..CITER Y BAIK..BYK HUJAH2 Y MENYAKINKAN..CURIOUS CAM MANE ENDING DIA
    abis kat macam mana anis je eh??
    smg pena y saudari loretkan ini akan terus melakar jalan2 dakwah..insyaallah..

    ReplyDelete
  23. wooo..ada lagi orang tua simpan baju kahwin? Menarik..hahaha..tak sabar nak baca episod terakhir!

    ReplyDelete
  24. good job....sabar menanti the last episode....semoga pengakhiran yg terbaik utk semua...

    ReplyDelete
  25. Da nk episod akhir da ?? Kejapnya. Tak puas baca! :)

    ReplyDelete
  26. aha..senyum sorg2 baca ni..
    can't wait for ahmad's story :)

    ReplyDelete
  27. final episod... apelah sambungan die... hee cant wait~~ ngeee =)

    ReplyDelete
  28. macam mana la perasaan tu ye.. Ya Allah,, kau temukanlah aku lelaki yang amat mencintaiMu... seperti ali.. :)

    ReplyDelete
  29. anis ky sini pon sihat~~hehehe..
    cool la~mmg admire nk jadi cm2~

    ReplyDelete