Saturday, July 15, 2017

Cinta SMS (Ep. 7)



Ali meletakkan cawannya ke atas meja.

Ummi: Habis takkan la Lia nak pakai baju kurung biasa je?

Alia: Itulah hasrat hati Lia. Simple. Tapi, Lia bukannya tidak mengambil kira persepsi masyarakat langsung. Of course Lia akan tampil bagi nampak seperti seorang pengantin. Cuma, perhiasan Lia tu akan terkawal dan tidak melampaui batas. So, Lia akan decide sendiri setakat mana Lia nak berhias.

Ali: Maaf, nak mencelah skit. Saya setuju ngan Alia dan yakin muslimah macam Alia ni akan tahu batas-batasnya. Saya pun takda la ignore culture totally. Macam saya cakap tadi, kita cuma kena filter out yang mana boleh pakai and yang mana yang tak boleh.

Abi: Kejap, kalau Lia nak decide baju takda masalah. Tapi, kena bagi Ummi Abi approve dulu. Takut-takut nampak kampung sangat pulak, malu kita ngan jiran-jiran.

Ahmad terkesima dengan kata-kata Abi.

Alia: Abi, kita bukan boleh nak puaskan hati suma orang. Lia ni pun tengah bertolak ansur sebanyak mungkin, within Islamic limits. Izinkan la Lia pakai pakaian yang selesa buat Lia.

Abi pandang Ummi.

Ummi: We'll think about it.

Abi: Ok la. Janji hantaran ada. Ummi, hari tu kat kenduri minggu lepas diorang buat hantaran RM10,000 kan?

Ali: Erk pak cik, erm...boleh tak kalau kita tak buat hantaran?

Abi: Haish, jangan camtu Ali. Suma benda tak leh buat ni. Lagipun hantaran ni kami tak ambil satu sen pun, semuanya akan kami bagi kat Alia dan kamu.

Ali: Oh ye ke? Alhamdulillah. Tapi, isunya ialah saya ni tidak mampu untuk sediakan duit sebegitu banyak. Lagipun hantaran ni bukannya satu syarat sah kahwin ke ape. Asalkan maharnya ada kira jalan la.

Abi: Maharnya apa?

Alia: Lia pikir sebentuk cincin pun ok la. Lagi mudah maharnya, lagi baik kan? Lagipun ni bukan urusan jual beli, ni perkahwinan.

Ummi: Tapi Ali, pelik la kalau orang tengok kita tak buat hantaran.

Ahmad: Ehem...jap. Rasanya kita boleh tolak ansur dalam bab ni.

Semua berpaling kepada Ahmad.

Ahmad: Apa kata kalau kita buat hantaran tu sebagai sepersalinan pakaian? Alia belikan untuk diri sendiri and then bagi kat Ali. Pastu Ali pun buat benda sama and then bagi kat Alia. Ye la, takut tak kena taste la kan. Tak perlu mahal-mahal, setakat mana mampu ja. Pastu balut la bagi fancy-fancy and jadikan la tu sebagai hantaran. Plus, tak membazir pun sebab beli sepersalinan pakaian yang akan digunakan everyday. Amacam?

Ali: Kalau camtu saya ok je.

Alia: Setuju.

Abi: Idea tu memang bagus, tapi nanti time kenduri tu akan ada orang datang and tanya brapa banyak hantaran yang dibuat. Tu soalan normal. Takkan la Abi nak bagitau yang kita buat hantaran pakaian saja?

Ahmad membisu. Dia begitu yakin ideanya itu akan menyelesaikan isu tersebut. 

Ummi: Kami faham yang agama tu penting, tapi air muka kena jaga jugak.

Ali: With all due respect pak cik and mak cik, saya bukannya apa, cumanya saya rasa it's better for me to invest in my marriage than in my wedding. Kalau kita belanja sampai kering poket or sampai berhutang or sampai membazir, apakah tu satu permulaan yang berkat? Lebih baik saya guna duit tu untuk rumah tangga saya.

Ummi: Jangan la buat susah-susah Ali. Kan senang kalau kita buat ikut cara yang orang selalu buat?

Ali: Ye, memang senang. Tapi senang tak semestinya betul mak cik.

Abi: Awak nak kahwin ngan Alia ke tak ni?

Ahmad menghantar SMS kepada Alia...
Ahmad: Lia, camne ni?
Alia: Ntah, Lia dah buntu.
Suasana genting seketika. Ali memejam matanya seketika, mengawal nafasnya kerana apa yang bakal dia ucapkan mungkin penentu segala-galanya. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya...

Ali: Wallahi, hasrat saya yang menggunung tinggi sekarang ni ialah untuk berkahwin. Just imagining it gives me happiness, apatah lagi kalau saya experience it for real. Plus, saya yakin Alia ni la calon isteri yang saya cari selama ni. Tapi...

Semua menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Ali.

Ali: Tapi kalau mengahwini Alia bermakna saya kena "ceraikan" Allah dan Rasulullah, then I'd rather sacrifice my pleasure for the pleasure of my Lord.

Ahmad: Ali, apa maksud ko?

Ali: Maksud aku, kalau kita nak teruskan jugak ikut apa yang orang cakap, aku rasa mungkin aku akan tarik diri. Sebab aku tak tergamak untuk gembira pada hari kenduri kahwin aku sedangkan Allah murka kat aku.

Abi pandang Ummi. 

Abi: Ali...I don't think this is going to work out.

Ahmad dan Alia memandang Abi hampir serentak. Terkejut.  

Cinta SMS (Ep. 6) | Cinta SMS (Ep. 8)

56 comments:

  1. ohh, berdebar rasanya. apa jd pasni T.T

    ReplyDelete
  2. ya Allah...the suspense is killing me inside out..cerita je kot...haizz

    ReplyDelete
  3. great. . .like usually excited to be waiting for the next ep. . (*___^) tq Aiman azlan for sharing this story. . .

    ReplyDelete
  4. subhanAllah...nice one bro~
    nice plot twist there...:D

    ReplyDelete
  5. Waa...awesome decision by ali..=D.."aku tak tergamak untuk gembira pada hari kenduri aku sedangkan Allah murka kat aku"..^^

    ReplyDelete
  6. ade yg kelapan roger yurp...=)

    ReplyDelete
  7. plizzz....cepat sambung....huhu..berdebo

    ReplyDelete
  8. jangan bagi ending sedih bro, haha, tapi serius nice, simple, attractive dan menyampaikan dakwah pada masa yang sama :-)

    ReplyDelete
  9. bukukan dlm bntuk komik yg ringkas,senang sy nk bg bakal mertua sy bc n phm..very good n nice dakwah..

    ReplyDelete
  10. ya allah..
    masih ramaikah lelaki kat luar sana yang berfikiran seperti Ali..

    ReplyDelete
  11. adeeehhh...ending yang sangat menyiksa jiwa...

    Ahmad dan Ali..please inspiring men outside there..

    ReplyDelete
  12. bukan senang sebenarnya nak melawan norma masyarakat. bagus jalan cerita ni. :)

    ReplyDelete
  13. "Tapi kalau mengahwini Alia bermakna saya kena "ceraikan" Allah dan Rasulullah, then I'd rather sacrifice my pleasure for the pleasure of my Lord"

    Nice one, Ali. Er, I mean Aiman!haha

    ReplyDelete
  14. hoho. cdey ! bdebar2 jntung nih.

    ReplyDelete
  15. extraordinary!!!
    this is real muslim

    ReplyDelete
  16. abi & ummi menguji Ali :)

    dill.

    ReplyDelete
  17. sambungan nye cepat

    :)

    mennti dgn kesabaran ...

    ReplyDelete
  18. b'debar2 menanti sambungnnya..gud job Aiman!! :)

    ReplyDelete
  19. senang hati kalau dapat bakal suami macam Ali. Stand up for what's right. Sebab jujur cakap, saya sendiri risau macam mana nak uruskan perkahwinan bila tiba masanya nanti. Masih ada bimbang yang orang sekeliling cakap bukan-bukan bila saya nak langsungkan perkahwinan dengan cara-cara yang saya rasa betul. Baru cakap tak mahu ada pelamin, ada yang dah pandang pelik.

    Orang biasa kalau diasak macam ini, mungkin akan give in at last. Tapi watak Ali ini, tegas. Tapi, mana nak cari dalam dunia ini encik aiman?

    Komentar untuk cerita bab ini, saya rasa, abi dan ummi Lia saja nak uji Ali. Uji ketahanan. :)

    ReplyDelete
  20. what next?? huhuhu

    ReplyDelete
  21. pendapat sy, hantaran tu pun penting jugak. kalu keluarga sebelah pompuan orang senang, xpe la mak ayah pompuan leh support kenduri kawen. tp kalu keluarga sebelah pompuan tu x berapa senang, biasanya duit hantaran tu la yg digunakan untuk buat kenduri kawen. kenduri kawen ni kan penting jugak (wlpn x wajib) utk menghebahkan perkahwinan kita n di samping bersedekah (memberi makan kepada orang lain). cumanya x perlu la tinggi sgt nilai hantaran. ikut kemampuan lelaki la jugak. bersederhana. cumanya, kalu zaman skrg ni, utk nk buat kenduri kawen, sampai jugak nilai ribu kot, sbb barang kan mahal.tp xde la smpai rm10000.tu pandangan sy yg masih cetek ilmu la. mungkin ada pandangan orang lain yg lebih bernas. ^^

    ReplyDelete
  22. kalo bikin filem mst menarik nih :)

    ReplyDelete
  23. Wah...apa yang akan terjadi selepas ini :(

    ReplyDelete
  24. mesti ummi & abi lia sengaja nk test ali sbnrny ni :)

    ReplyDelete
  25. gulp.
    parents alia saje je kot ni..hehe

    ReplyDelete
  26. entah-entah. Abi , Ummi .. saja nak test bakal menantu diorang .. hehe

    ReplyDelete
  27. sambungan secepatnye ye encik aiman ! i can't wait anymore :)

    ReplyDelete
  28. kawen jela..abi n umi ni byk tnye la...hehe

    ReplyDelete
  29. nice way of preaching others about the differences between religion n culture..i think there'll be a lot of ppl crying n craving 4 the story...well done and good job!may u'll b blessed with more ideas~

    ReplyDelete
  30. nama pun cerita..kalau tak suspen nanti tak best. :P
    Nway, tak sabar nak tunggu ending.. (:

    ReplyDelete
  31. ya ALLAH...indahnya hidup kalau mendapat keluatga seperti ini..:)

    ReplyDelete
  32. You have to understand the parent's concern... They will see their daughter married only once (hopefully!). so they do want the best possible wedding for their daughter. I can sympathise for the parents in this story.

    ReplyDelete
  33. Tak sabar nk tggu next episode. Jgn lmbt2 taw. :D

    ReplyDelete
  34. Menarik..
    in the same time...sye bljr gak. Hee~
    Nk eps.8! hehehe :D

    ReplyDelete
  35. cpt la smbg cite.....xsaba nk tawu crite y slanjtnya....huhu ~_~

    ReplyDelete
  36. nice69 stori, x sabar nk bce post episod 8..

    ReplyDelete
  37. bagus..x pk ape yg org ckp. n pndg..pkir ALLAH je..hmm..

    ReplyDelete
  38. Salam
    Blog ini menjadi pilihan saya :)

    http://pimpintangan.blogspot.com/2011/10/segmen-blogger-pilihan-saya-ialah.html

    ReplyDelete
  39. bro, check this out: http://3.bp.blogspot.com/-xma3syjSU0k/Tp2PSamy8bI/AAAAAAAANGo/mpLxlAPU9-U/s1600/324686_10150872993315504_580510503_21168253_1662654181_o.jpg

    ReplyDelete
  40. oh no ! cepat sambung. dup dap dup dap nh :)

    ReplyDelete
  41. mana episod lapan?????? waarkkkhhh!!!

    ReplyDelete
  42. I am proud of my parents sebab on their wedding, they dont bersanding:)And alhamdulillah, now they have four kids already.

    *My point: tak bersanding pon, insyaAllah will lead a happy family.

    ReplyDelete
  43. Ya Allah kurniakan kekuatan hatiku ini sekuat hati Ali dan Alia untuk berhadapan dengan kedua ibu bapaku. Sesungguhnya aku tiada daya melainkan kau YA ALLAH

    (bakal menjejak dunia CINTA HALAL bersama yang HALAL)

    insyaALLAH. Doakan yang terbaik buatku dan zauj ku.

    Moood:Berdebar

    :)

    ReplyDelete
  44. nothing much to say,
    juz mmg sgt2 stuju with this statement :for me to it's better to invest in my marriage than in my wedding. tp ramai org skrg tak fkir future

    ReplyDelete
  45. woit!!aku dah start nak kuar air mata ni.tak tau sbb ape.sebak,kesian,terpegun,tak sangka,mcm2 lg lah...huhuhu....

    ReplyDelete
  46. suka ayat yg last tu... tak ramai yg seberani tu

    ReplyDelete