Tuesday, July 04, 2017

Cinta SMS (Ep. 2)



Ahmad: Lia, jom! Nak gerak dah ni.

Alia: Takda mood nak pegi jalan-jalan la. Kalau Lia dok umah je boleh?

Ahmad: Hai, takkan la nak tinggal Lia sorang-sorang kat umah kot. Abi nak satu family pegi kan. Jom la. Apsal murung-murung je ni?

Alia tunduk, mengusap-usap hensetnya. Ahmad dapat menangkap masalah adiknya ada kaitan dengan boyfrennya. Ahmad datang duduk tepi Alia.


Ahmad: Lia, what's wrong?

Alia: After abang cakap pasal dosa hari tu Lia jadi susah hati. Lia asyik dok pikir ja apa yang abang cakap tu. So Lia mesej la boyfren Lia tu.

Ahmad kurang senang bila mendengar perkataan "boyfren" tetapi dia sabar dan terus mendengar luahan adiknya.

Alia: Lia cakap kat dia yang apa yang sedang kami buat ni tak baik. Bukannya kami tak tahu pun pasal hukum halal haram ni. Tapi ntah la, mungkin hati kami ni cuba buat alasan yang "menghalalkan" hubungan ni.

Ahmad: Alasan yang macam mana tu?

Alia: Ye la, kami takde la pegang-pegang tangan ke or keluar dating berdua-duaan ke. Kalau spend time ngan dia pun, kami buat study group or keluar makan ngan kawan-kawan yang lain supaya tak berdua-duaan. But deep down dalam hati Lia, Lia mengaku yang itu suma excuses untuk bersama ngan dia. Deep down Lia tau ni suma bisikan syaitan yang cakap hubungan kami ni "halal".

Ahmad: Okay, itu dulu. Skang ni macam mana?

Alia: After abang cakap pasal dosa tu, hati Lia menjerit-jerit memujuk Lia untuk keluar dari hubungan ni dan cari hubungan yang betul-betul halal. After Lia mesej dia explaining suma kata-kata hati Lia ni, dia rasa tak senang hati pulak dengan Lia. Cakap Lia buang tebiat la and cakap Lia dah tak sayang dia la...

Mata Alia mula berlinangan dengan air mata.

Ahmad: Jadi, dia break up ngan Lia la ye?

Alia angguk sahaja.

Alia: Kenapa susah sangat nak cari lelaki yang baik abang? Lia suka sangat kat dia. Dia caring giler kat Lia. Dah la dulu skolah agama. Lia pun yakin la yang dia lelaki yang baik. Lia berniat untuk amik dia sebagai suami satu hari nanti.

Ahmad kesat air mata adiknya.

Ahmad: Lia nak kahwin dengan dia?

Alia angguk.

Ahmad: Lia pasti dia calon suami yang baik untuk Lia?

Alia angguk lagi.

Ahmad: Lelaki yang sama yang setuju untuk mengambil Lia sebagai girlfriend dia walaupun dia tahu hubungan itu tiada keberkatan daripada Allah?

Alia tidak mengangguk lagi. Dia memikirkan kata-kata abangnya.

Ahmad: [Gelak kecil] Ha, dah sedar ke belum?

Alia ketawa.

Ummi: Ahmad! Lia! Nak gerak dah ni!


26 comments:

  1. since dh break up ni ,,x de la episod 3 kn ,,hehh
    btw, inform yup if free ogos nanti! :)

    ReplyDelete
  2. abg aiman..!
    sambung lagi..~~
    sambung lagi..~~ ^^

    :: alwanPelangi.com ::

    ReplyDelete
  3. ye saye setuju . . .
    abang aiman ade lagy ta sambungan dye ??? ^^

    ReplyDelete
  4. aiman mungkin boleh buat novel kut. atau cerpen. banyak permintaan ni. :D

    ReplyDelete
  5. Ini patut dibaca oleh semua remaja sekolah yang bercinta :D

    ReplyDelete
  6. sambung la lagi. nice one. byk makna yg tersirat.. =))

    ReplyDelete
  7. best dpt abg mcm ni...haisyh~

    ReplyDelete
  8. i've read all of your post and poems and no to forget watched all of your videos, and it did somehow change my views on certain things.
    Alhamdulillah. keep it up brotha. :D

    ReplyDelete
  9. sambung la lg crita ni..plz..^_^

    ReplyDelete
  10. praying that all brothers would be as caring as Ahmad to their younger sisters, Amin

    ReplyDelete
  11. jeles T ^ T

    nak abang cmni gak . tade abang uwaaaaa T ^ T

    << tetibe

    ReplyDelete
  12. Assalam...tertarik yg bhgn ayat last...sgt3 membuka mata hati ini,alhamdulillah...TQVM

    Ahmad: Lia pasti dia calon suami yang baik untuk Lia? Alia angguk lagi.
    Ahmad: Lelaki yang sama yang setuju untuk mengambil Lia sebagai girlfriend dia walaupun dia tahu hubungan itu tiada keberkatan daripada Allah?

    ReplyDelete
  13. hebat..tersentak baca ayat last tu..

    jemput baca:Husnul khatimah

    ReplyDelete
  14. this situation, sgt sama dgn keadaan sy suatu ketika dulu. uhukk.. thanx aimanazlan :D

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum...sy student uitm...cm na nk contact encik untuk bt talk student uitm perak?

    ReplyDelete