Monday, August 27, 2012

Manis (Ep. 6)

26 Disember 2016

Kedengaran Maisarah menangis.

Anis: Oh, Maisarah dah bangun. Abang, Anis pegi tengok dia jap ek.

Ahmad: Nak Abang yang pegi?

Anis: Takpe la. Biar Anis je yang pegi. Maybe dia lapar kot.

Anis berdiri lalu berjalan ke bilik tidur untuk melihat Maisarah. Ahmad duduk bersendirian di atas sofa. Suasana ruang tamu itu sepi. Ahmad melayan fikirannya. Tiba-tiba dia terfikir untuk mencari sesuatu. Dia berjalan ke bilik perpustakaan rumahnya. Dia menarik sebuah kotak daripada ruang almari buku yang paling bawah, sambil menyapu debu di atasnya.

Ahmad: Hmm...mana buku tu ek?

Dia menggeledah kotak tersebut. Akhirnya dia menarik sebuah buku latihan sekolah berwarna coklat. Buku tersebut kelihatan usang. Ahmad tersenyum melihatnya. Selepas itu, tiba-tiba mukanya muram. 

Anis: Abang? Buat ape tu?

Ahmad terkejut kerana disapa oleh isterinya. Kelihatan isterinya berdiri di pintu bilik perpustakaan dengan mendukung Maisarah yang baru sahaja bangun.

Ahmad: Abang nak cari buku ni.

Anis: Buku apa tu?

Ahmad: Meh Abang tunjuk.

Ahmad menjemput isterinya duduk di atas kerusi sofa di dalam bilik perpustakaan itu. Anis duduk di tepinya. Ahmad memberikan buku itu kepadanya. Anis membelek-belek buku usang itu.

Anis: Takde pape pun. Kosong je.

Ahmad: Cuba tengok muka surat yang last skali.

Anis membelek buku ke muka surat yang terakhir lalu membaca tajuk yang tertulis di atas muka tersebut.

Anis: "Biodata Saya"

Ahmad: Kenal tak handwriting sape tu?

Anis mengimbas muka surat tersebut sepintas lalu. Dia terkejut melihat apa yang sedang dipegangnya. 

Anis: You kept it all these years?

**********

21 Februari 2007

Jam 7.00 pagi, di dalam kelas Ahmad. Husaini duduk bersembang dengan Ahmad. 

Husaini: Weh, aku rasa aku nak beli hadiah kat Anis untuk birthday dia.

Ahmad: Okeh. So, apa yang ko plan nak beli?

Husaini: Aku plan nak beli jam tangan.

Ahmad: Huhu...bad idea.

Husaini: Apsal?

Ahmad: Budak tu bukan boleh pakai jam tangan. Kejap ja dah hilang.

Husaini: OK. Apa kata kalau aku beli buku?

Ahmad: Ha, OK gak tu. Dia suka baca novel-novel Melayu.

Husaini: Novel macam mana tu? Novel jiwang ka?

Ahmad: Dia tak layan benda-benda jiwang karat ni. Dia suka novel-novel ala Islamik. Pelik jugak dia tu, tak layan novel jiwang karat tapi layan pulak drama Jepun ngan Korea.

Husaini: Hmm...ko tolong belikan la untuk aku. Boleh?

Ahmad: Haprak punya budak! Suma benda aku nak buat. Ko beli la sendiri.

Husaini: Ala, aku takut tersilap beli ja. Ko cam lebih arif ja.

Ahmad: Tak nak.

Husaini: Please la.

Husaini buat muka comel.

Ahmad: Weh, geli ar! Nak nak je aku sepak muka ko.

Husaini: Aku akan buat muka ni sampai la ko setuju untuk tolong aku.

Ahmad: Ya Allah, makin lama makin buruk muka ko. OK LA! Aku tolong.

Husaini: YES! Nanti time rehat aku bagi duit ek. Aku nak kena pecah duit dulu.

Ahmad: Ye la. Ye la.

Husaini: Orait. Aku blah dulu okeh. Aku bertugas hari ni. Sapu kelas. 

Husaini beredar ke kelasnya. Selepas dia beredar, Ahmad melayan fikirannya. Ahmad menjeling ke luar pintu, lalu melihat jam tangannya.

Ahmad: 7.15 pagi.

Ahmad berjalan ke pintu kelasnya yang menghadap pagar masuk sekolah. Dari kejauhan dia merenung ke pagar tersebut. Menunggu. 

Tiba-tiba kelihatan Anis memasuki pagar sekolah dengan basikal berwarna merah jambu.

Ahmad tersenyum. 

**********

26 Disember 2016

Anis: I can't believe you kept this.

Ahmad: Yes, I can't believe it either.

Anis: Bukan ke Abang nak lupakan?

Ahmad: Yes. Abang nak tinggalkan semuanya di belakang.

Anis: Jadi, apa yang membuatkan Abang simpan benda ni?

Ahmad senyap seketika. 

Ahmad: I don't want to lie.

36 comments:

  1. suspen.. can't wait utk bce smbgn dia! ^.^

    ReplyDelete
  2. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Weeee

    ReplyDelete
  3. Arghhhh. terseksa jiwa raga tunggu2 camni. haihh abg aiman pandai betul psiko org -.-

    ReplyDelete
  4. Ahh, sudah.
    Membuak-buak nak tunggu episod seterusnya.
    Bijak, bijak.
    Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Sapu kelas? I cant imagine how Husaini do that.. Hehehe ^^

    ReplyDelete
  6. laa,,, tulis novel gak ke,, tq for coming to our ipg hari tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. Omo omo! Sngkut dh ngan cerita ni :)

    ReplyDelete
  8. Wondering how's the continuation of this :)

    ReplyDelete
  9. pergh.... terbaik
    ni yg buat org xsabo2 nk tggu ep 7

    ReplyDelete
  10. okayy nice!! :) hurmm can't wait for next episode , aiman .. ^^,

    ReplyDelete
  11. can't wait for ep.7...berdebar tol nie!

    ReplyDelete
  12. nice and sweet ! can't wait for the next episode :)

    ReplyDelete
  13. Penulisan yang sangat menarik dan kreatif. Can't wait for the next epi.

    ReplyDelete
  14. Wah,suspens nya cerita ni,can't wait 4 the next ep!

    ReplyDelete
  15. this story should be on tv.

    ReplyDelete
  16. I'm predicting that this is a story of "Islamic couple"? Though they finally married each other, they regretted what they had done? (owh memandai buat conclusion! ^^)

    ReplyDelete
  17. cerita mcm ni mmg buat tersengih sorang2 hehe.

    ReplyDelete
  18. xsbr nk tggu episode strusnya..tp cuma nk tnye..npe cerita nie cerita mse dpan??

    ReplyDelete
  19. sambungan?? huhu.. bukukan lah cite ni.. hihi.. menarik lah.

    ReplyDelete
  20. cerita2 macam ni memang memotivasikan mereka2 yang ingin bercinta selepas kahwin.. :)tak sabar episod 7..

    ReplyDelete
  21. Mood : tension menunggu kedatangangan episod 7 yang belum tiba..

    ReplyDelete