Monday, August 13, 2012

Manis (Ep. 5)

26 Disember 2016

Anis melepaskan cubitannya. Ahmad mengurut-urut lengannya yang sakit.

Ahmad: Waduh, pedih bangat seh!

Anis: Itulah balasan ke atas seorang stalker.

Ahmad: Abang tak stalk la. Kita mula kenal time Form 5, tahun 2007 kan? Tapi yang time Form 4 tu kebetulan kita dok kelas Tajweed yang sama. Satu kelas tu ja. Abang pandang Anis sekilas pandang je, tapi Abang dah boleh ingat raut wajah Anis.

Anis: Of course la! Dah muka macam model, mesti la ingat.

Ahmad: Uwek! Nak muntah!

Anis mencubit lengannya sekali lagi.

Ahmad: Adeh, adeh, adeh!

Anis: Lagu Negaraku sekali lagi!

**********

17 Januari 2007

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

Husaini: Please la bro! Please! Please!

Ahmad: Menyusahkan aku ni memang dah jadi hobi ko ek?

Husaini: Haha...mana ada. Kita kawan beb, kena la tolong-menolong. Please! Please!

Ahmad: Ala, OK la!

Pantas Husaini memeluk Ahmad.

Husaini: YES! Bro, I love you!

Ahmad: Woi! Woi! Orang nampak la woi! Reputasi aku tercemar nanti!

Husaini: Reputasi la sangat. OK, ko pegi tanya dia sama ada dia setuju atau tak. Kalau dia setuju, tolong mintak biodata dia.

Ahmad: Nak tanya apa?

Husaini: Ala, benda-benda common. Nama penuh, tarikh lahir, makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi, cita-cita...

Ahmad: Haha...LAME!

Husaini: Ala, buat je la! Cepat, kelas nak start dah ni.

Ahmad: Ye la, nanti lepas skolah jumpa kat gate depan tau.

Husaini: Okeh, set! Thanks bro!

Husaini dan Ahmad bergegas balik ke kelas masing-masing. Ahmad memasuki kelasnya. Kelihatan guru belum masuk. Ahmad mencari Anis, tapi dia tiada. Dia mendekati Ali yang duduk di sebelah mejanya. 

Ahmad: Yo Ali, nampak Anis tak?

Ali: Anis mana ni?

Ahmad: Haha...ko pun tak kenal ek? Sama la kita. Dia budak kelas kita la, yang dok depan tu ha.

Ahmad menunjukkan kepada Ali kedudukan meja Anis.

Ali: Oh, dia ka? Budak tu low profile, patut la aku tak kenal. Unlike ko. Bising je memanjang.

Ahmad: Suara aku merdu sangat. Rasa tak adil pulak kalau aku simpan kat diri sendiri. Nanti orang lain tak dapat menikmatinya.

Ali: Haha...tak leh blah punya ayat.

Anis melangkah masuk ke dalam kelas.

Ali: Ha, tu Anis tu.

Ahmad: Panjang umur. Okeh, aku nak jumpa dia jap.

Ahmad mengambil sebuah buku daripada begnya dan berjalan menuju ke meja Anis.

Ahmad: Assalamualaikum.

Anis: Waalaikumussalam.

**********

26 Disember 2016

Ahmad: Adeh! Adeh! Okay, okay, I give up!

Ahmad ketawa dalam kesakitan akibat dicubit oleh Anis. Seolah-olah cubitan isteri tersayang itu seperti menggeletek dirinya. Anis melepaskan cubitan.

Ahmad: Nak report kat Ummi la camni. Anis jahat!

Anis: Ha, try la kalau berani.

Ahmad: Hai, time Form 5 tu baik bukan main lagi. Senyaaaaap je. Rupa-rupanya ada menyimpan serigala di sebalik rupa yang comel tu ye.

Anis: Yang senyaaaaap itu Anis. Yang serigala itu pun Anis jugak.

Ahmad senyum.

Ahmad: And I love you both.

**********

17 Januari 2007

Ahmad: Anis, errr, ingat lagi kertas yang aku bagi before rehat tadi?

Anis: Ingat. Kenapa?

Ahmad: Kawan aku yang bagi tu, nama dia Husaini, and dia nak tau apa jawapan Anis. Sudi ke jadi kawan dia?

Anis berfikir sebentar. 

Anis: OK je.

Ahmad: Nice.

Ahmad menghulurkan buku yang dipegang dalam tangannya.

Ahmad: Umm...Anis, mintak biodata.

25 comments:

  1. "And i love you both." awwww :')

    ReplyDelete
  2. senyum memanjang baca episode nei~ :)

    ReplyDelete
  3. episod 6!!! hehehhe..x sabar tunggu nih

    ReplyDelete
  4. Nielah akibatnya kalau dah baca satu episod dan terpaksa tunggu satu episod akn datang.
    Hehehe.
    Bertenang bro.
    Saya akan tunggu episod seterusnya dengan sabar.

    ReplyDelete
  5. tak sabar menunggu episod seterusnya :)

    ReplyDelete
  6. makan bulan tunggu cite nih...ni da blh challenge drama indonesia nih....anyway, nice sgt...

    ReplyDelete
  7. oh oh oh! terasa manis...
    "i love u both" ahemmm

    ReplyDelete
  8. Soooooo sweet~ . "i love you both"
    waiting for next Ep.6 :D

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum .baru je 1st time menjejakkan kaki ke sini , terus suka cerita manis ni :) tggu ep sterusnye . and tak faham laa , ep ni n ep yg lpas ad psal tibe2 je anis ckp lgu negaraku . mcm tk fhm sngt . haha

    ReplyDelete
  10. tgu next episod hee.. trbaca yg episod 5 nie.. then trus patah balik baca dr prolog ~ hehe menarik2.. menanti kesinambungn yg berikutnya~ :)

    ReplyDelete