Posts

Showing posts from August, 2012

Manis (Ep. 6)

26 Disember 2016 Kedengaran Maisarah menangis. Anis: Oh, Maisarah dah bangun. Abang, Anis pegi tengok dia jap ek. Ahmad: Nak Abang yang pegi? Anis: Takpe la. Biar Anis je yang pegi. Maybe dia lapar kot. Anis berdiri lalu berjalan ke bilik tidur untuk melihat Maisarah. Ahmad duduk bersendirian di atas sofa. Suasana ruang tamu itu sepi. Ahmad melayan fikirannya. Tiba-tiba dia terfikir untuk mencari sesuatu. Dia berjalan ke bilik perpustakaan rumahnya. Dia menarik sebuah kotak daripada ruang almari buku yang paling bawah, sambil menyapu debu di atasnya. Ahmad: Hmm...mana buku tu ek? Dia menggeledah kotak tersebut. Akhirnya dia menarik sebuah buku latihan sekolah berwarna coklat. Buku tersebut kelihatan usang. Ahmad tersenyum melihatnya. Selepas itu, tiba-tiba mukanya muram.  Anis: Abang? Buat ape tu? Ahmad terkejut kerana disapa oleh isterinya. Kelihatan isterinya berdiri di pintu bilik perpustakaan dengan mendukung Maisarah yang baru sahaja bangun. Ahmad: Ab...

Manis (Ep. 5)

26 Disember 2016 Anis melepaskan cubitannya. Ahmad mengurut-urut lengannya yang sakit. Ahmad: Waduh, pedih bangat seh! Anis: Itulah balasan ke atas seorang stalker. Ahmad: Abang tak stalk la. Kita mula kenal time Form 5, tahun 2007 kan? Tapi yang time Form 4 tu kebetulan kita dok kelas Tajweed yang sama. Satu kelas tu ja. Abang pandang Anis sekilas pandang je, tapi Abang dah boleh ingat raut wajah Anis. Anis: Of course la! Dah muka macam model, mesti la ingat. Ahmad: Uwek! Nak muntah! Anis mencubit lengannya sekali lagi. Ahmad: Adeh, adeh, adeh! Anis: Lagu Negaraku sekali lagi! ********** 17 Januari 2007 Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Husaini: Please la bro! Please! Please! Ahmad: Menyusahkan aku ni memang dah jadi hobi ko ek? Husaini: Haha...mana ada. Kita kawan beb, kena la tolong-menolong. Please! Please! Ahmad: Ala, OK la! Pantas Husaini memeluk Ahmad. Husaini: YES! Bro, I love you! Ahmad: Woi! Woi! Orang nampak la...