Thursday, April 05, 2012

Manis (Ep. 2)

26 Disember 2016

Ahmad dan Ali sedang makan tengah hari bersama-sama di sebuah restoran.

Ahmad: Alia sihat?

Ali: Alhamdulillah. Selsema dia dah kurang. Kesian kat anak dia. Rindu mak.

Ahmad: Nak wat camna. Nanti berjangkit kang.

Ali: Eh jap, hari ni Maisarah genap 2 tahun kan?

Ahmad: Yup. Cepat giler membesar.

Ahmad senyum.

Ali: Yang ko tersengih-sengih ni pehal?

Ahmad: Agak lawak la bila dengar kita cakap pasal anak masing-masing. Pejam celik pejam celik, dah berkeluarga dah. Aku masih ingat lagi time kita kat skolah dulu.

Ali: Hahaha...good times kan?

Senyap seketika. Masing-masing melayan kenangan di bangku sekolah. Tiba-tiba Ahmad membisik sesuatu. 

Ahmad: 5 April 2006.

Ali: Ha?

**********

5 April 2006

Loceng berbunyi. 

Ali: Oi ustaz, tunggu aku!

Ahmad: Cepat la weih, nanti kang line kantin panjang plak. Aku lapar ni!

Ali: Apa spesel ari ni?

Ahmad: Cam biasa ja. Aku nak makan cepat-cepat pastu masuk kelas. Keja umah kelas Tajwid tak siap lagi. Mati aku!

Ali: Nak pinjam aku punya?

Ahmad: Bleh gak. Thanks bro.

Mereka makan di meja yang sama. Duduk bersebelahan.

Ahmad: Oh ye, aku dengar citer dah "maju" skang.

Ali: Maju?

Ahmad: Ye la, aku usha Friendster ko semalam. Tetiba je status bertukar.

Ali: Ahaks, rajin ko meng-usha aku ek.

Ahmad: Aku tengah tukar layout profile aku time tu. Yang lama punya dah boring. Pastu aku nampak gambar profile ko. Amboi, siap bercantum pipi lagi. Aku pikir maybe tu akak ko, tapi ko mane ade akak. Ahaks! Apa cer bro?

Ali: Hehe...aku dah berpunya dah skang.

Ahmad: Fewwit! So, bila aku bleh merasa nasi minyak bro?

Ali: Nasi minyak?

Ahmad: Ye la, nasi minyak. Sambil-sambil dengar alunan kompang gitu.

Ali: Oh...hehe, belum sampai seru lagi la bro. Awal lagi. Still nak blaja. Dah la duit takde. Lagipun, belum sedia lagi nak amik tanggungjawab tu.

Ahmad: Aik, kalu tak silap aku, tanggungjawab yang ko amik skang ni lagi la berat.

Ali: Heh? Mana ada.

Ahmad: Ye la, ko kan kena "tanggung" dosa and "jawab" ngan Allah nanti.

Ali: ...

Loceng berbunyi.

Ahmad: Alamak, keje umah!


22 comments:

  1. salam..cerita ni kira zaman dulu2 ali n ahmad sebelum cerita cinta sms ke?..apa2pun ia masih karya yg terbaik..keep it up aiman

    ReplyDelete
  2. tak sabar tunggu episode akan datang..hehe :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, maaf nak tanya. saya sedikit tak paham ape kaitan cerita manis 2 ni dengan manis 1. harap dapat dijelaskan, mintak maaf

    ReplyDelete
  4. dah delete Friendster. x dpt usha Ali.

    ReplyDelete
  5. nice! keep it up aiman.

    @Lisa Laisha: mgkin flashback kot. huhu

    ReplyDelete
  6. Ni betul super-extra-short drama series ni. Kalau buat jadi drama mesti satu episode tak sampai 5 minit. Haha buat la panjang sikit encik aiman azlan :D

    ReplyDelete
  7. macam novel "jodoh itu milik kita"....seronok kalau dpt org yg jaga and lindung wanita!

    ReplyDelete
  8. x sabar nak tunggu next episode... tapi kan, pendek sangat lah... hehehe... make it long for an episode.. really like to read ur writing..! =)

    ReplyDelete
  9. tanggung dan jawab..
    menanti episod seterusnya :D

    ReplyDelete
  10. "tanggung" dosa and "jawab" ngan Allah nanti.

    nice !

    ReplyDelete
  11. terkenang zaman friendster kejap..

    tanggungjawab tidak kenal usia, darjat. sudah menanggung, kenalah menjawab.

    ReplyDelete
  12. Tanggung dosa dan jawab dengan Allah . Terbaek la . Tak sabar nak baca next entry . :)

    ReplyDelete
  13. encik aiman, buatlah panjang sikit :') sebab interval between episod tu lama, huhu. anyway, BEST! MasyaAllah :D

    ReplyDelete
  14. aiman, akk menanti next episode.. :)

    ReplyDelete
  15. comel la cite ni >_<

    ReplyDelete
  16. a good way of dakwah:)
    keep moving ya!

    ReplyDelete
  17. oou,baru tau..ni smbgn crite #cintasms kn,,:) awesome!

    ReplyDelete