Patutkah Saya Luahkan Perasaan Kepada 'Crush' Saya?
MESEJ UTAMA Perasaan cinta tidak dapat dikawal; ia kerap kali datang tanpa diundang. Ada yang boleh lalui zaman universiti tanpa bercinta, tapi ada ramai yang tidak boleh. Perasaan itu satu perkara normal dan neutral, ia jadi salah atau betul bergantung kepada apakah perbuatan kita hasil daripada perasaan tersebut. Dua soalan yang patut ditanyakan kepada diri sendiri apabila dilanda perasaan cinta: Bolehkah aku serius dengan individu tersebut? Jika tidak boleh serius, apakah yang patut aku lakukan untuk usaha ke arah serius dan kawal diri in the mean time? Serius dalam bercinta bermakna perkahwinan dan tidak ada takrifan lain. Jika mampu serius, maka luahkan hasrat untuk berkahwin dengannya dalam masa yang terdekat (bukan bertahun-tahun akan datang). Dalam masa yang terdekat tersebut, boleh gunakan masa tersebut untuk sesi suai kenal (bukan dating). Jika tidak mampu untuk serius, maka Islam berikan puasa sebagai satu mekanisma untuk mengawal diri. Ia satu mekanisma yang t...