Manis (Ep. 1)
26 Disember 2016 Azan Subuh berkumandang. Ahmad membuka matanya. Dia melihat Anis masih lagi tidur, sambil memeluk anak kecil mereka; Maisarah. Ahmad memandang mereka berdua seketika, mengira setiap tarikan dan hembusan nafas. Dia senyum. Ahmad: Anis. Anis. Bangun. Anis: Pukul brapa skarang? Ahmad: Subuh dah masuk. Jom. Anis: OK. Ahmad: Careful. Takut Maisarah terjaga. Mereka bersiap sedia lalu solat Subuh bersama-sama. Selepas solat, mereka menghadap satu sama lain. Masih lagi di atas sejadah. Ahmad mengalih pandangannya kepada Maisarah yang masih lagi nyenyak tidur di atas katil. Ahmad: Anis, tengok anak kita tu. Anis: Dah 2 tahun dah dia, Bang. Perut Anis ni masih lagi dapat rasa kehadiran dia. Ingat lagi first time dia sepak-sepak dalam perut Anis? Ahmad: Of course la Abang ingat. Takkan lupa sampai bila-bila. Allah, syok betul la time tu! Anis: Time flies kan? Ahmad menyandarkan badannya ke dinding, menghadap Anis. Di belakang Anis...